Thursday, 4 December 2014

Kau ada Aku tapi masih bersama-NYA.



Keindahan bersama-mu adalah kebahagian sementara yang aku rasa. Kesetiaan ku kau musnahkan begitu kejam. Kesanggupan aku menipu ku selama ini, setelah ku berikan jiwa dan raga untuk mencintai kau. Nazim, lelaki yang bertaktha di hatiku, meskipun aku bersamamu sementara namun kau memberikan kebahagian yang tiada tandingan, namun setiap keindahan pasti ada penderitaan. 

Di saat kau ada aku, mengapa kau masih bersamanya. Di saat kau memiliki segalanya yang aku punya mengapa kau pergi kepadanya yang pernah kau miliki. Jika kau mencintainya mengapa kau masih pilih aku, Kebenaran sesuatu yang menyakitkan namun ia memberi seribu satu pengajaran, kebenaran yang menyakitkan namun mendewasakan membantu aku dapat bezakan permata atau kaca.

Setahun bersamamu Nizam, mengapa kau masih mahu bersama Ereen. Apa kurangnya aku, apa salah aku. Adakah aku terlalu baik padamu sehingga kau perlakukan aku sebegitu.Mengapa perlu ada dia dan dia, Hatiku semakin hancur disaat kau menafikan kebenaran. kebenaran yang membuktikan kesalahan kau, kau berlalu pergi meninggalkan ku sendiri. kesakitan, kelukaan dan kau berdiamkan diri. 

Mengapa aku yang harus memujukmu , mengapa aku yang harus MINTA MAAF. MENGAPA AKU ?. KATA-KATA kau hanya satu perbohongan, penipuan, kata - kata manismu memberi kesakitan kepadaku.
Masih ingat Nazim, di saat aku mahu pergi kau merayu rayu kepadaku, keluargaku, sahabat baikku, namun apa yang kau lakukan di saat aku tersentuh dgn rayuanmu. kau masih begitu! tak pernah berubah dari dulu,
Kesakitan ini semakin dalam di saat aku membuka computer peribadi milikmu, kau dan Suzzy berbalas gambar yang tak sepatutnya. Kau melukan aku lagi, kau pergi tinggalkan aku lagi, kau diamkan diri! AKU , AKU YANG HARUS MENCARIMU, aku yang harus memujukmu meskipun aku tahu itu SALAHMU. Egonya kau sayang, tidak mengaku kesalahamu dan  melemparkan semua kesalahan mu keatas diriku. 

Tapi kesakitan yang ku takkan MAAFKAN apabila kau masih bersamanya bekas kekasihmu melakukan hubungan yang tak sepatutnya, kau bersama perempuan lain melakukan perkara yang tak sepatutnya. Kau hancurkan hatiku wahai suamiku , kau musnahkan semua impian yang kau pernah janjikan. Kebenaran yang aku tahu di saat aku melihat segalanya di depan mataku, kau bersamanya di saat aku sarat membawa zuriatmu, TEGARnya kau sayang. Tak cukup kah aku, aku isterimu, apa kurangnya aku sayang. Jika kau mencintainya mengapa kau mengahwini ku, jika kau tidak mahu setia mengapa kau menyakiti aku. 

Nizam, pernah aku melukakan hatimu seperti mana kau melukai hatiku? pernah aku mencurangimu seperti mana kau lakukan kepadaku. Apa salah ku syang, apa salahku. KEBENARAN memang menyakitkan dan kini aku bertekad untuk pergi. pergi jauh dari semua sengsara ini membawa Permata hati milikmu dan kau takkan dapat mencariku lagi.

CUKUP sayang untuk kesakitan selama ini dan TERIMA KASIH sayang untuk bahagia dan derita yang pernah kau beri. KINI baru ku mengerti kau bersama ku semata-mata kerana harta. Harta ? yang membuat kau buta membuat aku menjadi mangsa. TERIMA KASIH atas segala luka, TERIMA KASIH atas segala kekecewaan yang kau cipta. Aku pergi membawa luka ini bersama Harta yang kau tinggalkan kepadaku. Ini akan menjadi bukti yang kau pernah MENCINTAIKU walaupun hanya untuk sementara. Selamat Tinggal.





nurkilan hati,
Annie Soffian

No comments:

Post a Comment