Siapa sangka aku akan jatuh dua perempuan sekali gus, pada mulanya niat hanya ingin berkawan namun apabila aku mula mengenalinya aku tahu indahnya budi disertakan keindahan rupanya. kekasih yang setia sentiasa disisiku memberiku semangat, memberiku kasih dan memberiku segalanya aku perlukan . Tapi siapa sangka aku jatuh cinta sekali dengan dengan seorang perempuan yang ku anggap pada mulanya seorang sahabat.
Perasaan makin membuak buak disaat, aku di pindahkan untuk bertugas di Utara Malaysia, berhampiran dengan sahabatku Aina. Terpaksa meninggalkan Sarah di Selantan sana, namun aku pergi sana untuk menjalankan tugasku, namun ia semakin sukar di saat Aina menyatakan luahan hatinya yang menyukai bahkan menyayangiku lebih dari seorang sahabat. Aku buntu , apa yang sepatutnya aku buat.
Setiap hari Aina tak putus putus menjaga makan minum ku , menjaga kesihatan ku , menjaga segala hal yang Sarah selalu lakukan kepadaku. Perasaan ini semakin tak berarah, semakin hari semakin aku menyayangi Aina namun dalam hatiku masih ada Sarah. Siapa sangka, aku jatuh. Aku tak bisa bangun untuk memilih, aku tak salahkan Aina walaupun dia tahu aku punya kekasih namun dia tetap membuat aku jatuh ia bukan kerana kata-kata cintanya tapi kerana banteng hatiku lemah membuat aku senang jatuh cinta pada gadis yang mengambil berat disaat aku berjauhan dengan kekasihku.
Semakin hari aku semakin rapat dengan Aina, Sarah bagaikan tak wujud di dalam hatiku. Tapi ia semakin sukar apabila keluarga ku telah menetapkan semuanya, aku akan di kahwinkan dengan insan yang ku cintai selama ini, aku rasa kosong ? kenapa ? adakah aku telah lupakan Sarah di saat bersama Aina. Sarah gadis yang sangat setia kepadaku, aku berfikir dan terus berfikir apa yang aku buat, jika aku membatalkan semua rancangan keluargaku mereka mungkin akan terkilan dengan sikapku kerana mereka menyukai cara Sarah melayan mereka. cantik , baik , lemah lembut , penuh dengan sikap penyayang dan hormat orang lain.
Tapi HATI aku macam mana, Sarah mungkin sedar perubahan diriku sejak aku di pindahkan ke Utara. Beribu kali Sarah bertanyakan, namun aku menafikan. Kini aku tahu, aku terpaksa berterus terang kepada Sarah. Sampai bila aku nak menghukum dia begitu, dia tak layak kerana dia adalah sebaik baik wanita. Namun apakan daya, aku hanya hamba Allah yang lemah tak mampu untuk setia seperti Sarah.
10 Januari 1989.
Tarikh yang bermakna buat diriku, setelah 2 tahun aku menyimpan semua rahsia. Kini Sarah mengetahui segalanya, selama 2 tahun aku menyakitinya kini dia akan terlepas dari segala derita. Sarah memang seorang gadis yang tabah. Meski dia mendengar khabar derita itu, dia masih mampu tersenyum namun aku tahu dia kecewa dengan sikapku. Aku temukan Sarah dan Aina, aku biarkan mereka berborak bersendiri. Aku tak mahu mereka berdendam sesama sendiri kerana yang salah itu Aku. Aku yang salah.
15 Januari 1989.
Aku menerima satu surat dan aku tahu siapa pemiliknya.
Kehadapan Khairil Azman, Maafkan Sarah jika tidak bersemuka dengan Am. Sarah tak cukup kuat menghadapi semua ini. Tapi jangan risau Sarah Ok. Am, terima kaseh untuk segalanya. Sejak kali pertama kita berjumpa sehingga sekarang, banyak pergorbanan Am kepada Sarah. Am .. Maaf Sarah terpaksa mengundur diri, Sarah tak sanggup bermadu kasih bersama perempuan lain. Am, Sarah maafkan Am, semuanya .. Jagalah Aina, dia lebih layak bersama Am, ingat jangan sekali kali menyakitnya. Aina, seorang wanita yang sempurna, kesempurnaan yang mampu membuat Am terjatuh. Am anggap Sarah hanya mimpi dan semoga bahagia Am. Sarah sayang Am dan terima kasih sayang atas segala kata cinta dan sayang selamanya. Sekian.
Yang mencintaimu
Sarah Binti Saiful.
No comments:
Post a Comment